Terdesak untuk menampung perbelanjaan majlis perkahwinannya, seorang anggota tentera mengambil jalan pintas dengan mencetak wang palsu bernilai RM4,000 dengan menggunakan mesin pencetak di pejabatnya sejak awal bulan ini.
Bagaimanapun, kegiatan licik lelaki berusia 28 tahun itu terbongkar apabila membuat laporan polis dengan mendakwa menerima wang palsu itu dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Jonathan Ringgit berkata suspek membuat laporan polis pada tengah hari semalam dengan harapan pihak bank dapat menukarkan wang palsu itu dengan wang tulen.
Namun, katanya, siasatan polis mendapati suspek telah menyerahkan wang berkenaan kepada tunangnya namun keaslian wang tersebut dicurigai dan suspek telah dinasihati untuk membuat laporan polis selepas mendakwa mengeluarkan wang itu dari mesin ATM.
"Suspek sebenarnya memang ada mengeluarkan wang RM4,000 dari mesin ATM bank berkenaan Jumaat lalu bagi kegunaan perbelanjaan perkahwinan tetapi menyerahkan wang yang disyaki palsu kepada tunangnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata suspek yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac depan, ditahan malam tadi dan polis turut merampas 25 keping not RM100 dan 30 keping RM50 serta seunit mesin pencetak.
Katanya, suspek direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan.
Bernama
Sun Feb 17 2019
Seorang anggota tentera mengambil jalan pintas mencetak wang palsu bernilai RM4,000 dengan menggunakan mesin pencetak di pejabatnya. -Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PRN Sarawak: Penduduk rayu kemudahan mesin ATM
Sejak puluhan tahun lalu, penduduk setempat termasuk dari Kampung Banting perlu ke Sri Aman jika mahu menggunakan perkhidmatan perbankan itu.
Operasi mesin ATM kembali seperti waktu biasa bermula 1 Jun
Perubahan waktu operasi itu dibuat bagi memudahkan urusan orang ramai mengeluarkan wang di ATM.
Perompak bertopeng lesapkan RM1.14 juta dari pasaraya di Kuala Nerus
Sebuah pasaraya di Kuala Nerus dirompak tujuh penjenayah bertopeng yang memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tiga peti wang tunai membabitkan kerugian RM1.14 juta.