'Tahun Kesukarelawan' dapat reaksi positif

Astro Awani
Mac 6, 2013 06:31 MYT
Langkah kerajaan memperkenalkan Tahun Kesukarelawanan tahun ini mendapat reaksi positif daripada pemerhati luar.
Menurut pensyarah Universiti Brunel, United Kingdom Profesor Dr Simon Bradford, langkah tersebut sekali gus mendorong sumbangan lebih besar golongan belia kepada negara.
Tambahnya melalui aktiviti kesukarelawanan golongan belia dapat meningkatkan semangat perpaduan dan mengenal jati diri mereka.
Bradford berkata demikian ketika menjadi ahli panel forum meningkatkan penglibatan belia dalam pekerjaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 2013 sebagai Tahun Kesukarelawanan negara dengan tujuan memupuk semangat sukarela di kalangan rakyat terutamanya belia di negara ini.
Menerusi usaha tersebut, Malaysia akan menjadi hab serta negara contoh bagi pelaksanaan kerja-kerja sukarela.
#Datuk Seri Najib Razak #Profesor Dr Simon Bradford #Tahun Kesukarelawanan
;