Tahun Baharu China: Chong Wei beri ucapan khas kepada warga DUN Layang-Layang

Astro Awani
Februari 10, 2021 04:01 MYT
Klip video berdurasi satu minit 22 saat yang dimuat naik menerusi laman Facebook milik ADUN Layang-Layang Datuk Onn Hafiz Ghazi memaparkan Chong Wei memberikan ucapan dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin. - Instagram/@onnhafiz
KUALA LUMPUR: Perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut pada Jumaat dimeriahkan lagi dengan ucapan khas oleh bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Ucapan itu ditujukan kepada beberapa penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang menerusi panggilan video.
Klip video berdurasi satu minit 22 saat yang dimuat naik menerusi laman Facebook milik ADUN Layang-Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi, memaparkan Chong Wei memberikan ucapan dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin.
“Saya di sini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan semoga anda semua sihat selalu.
Sumber Facebook onnhafizghazi
“Selepas pandemik ini berlalu, saya akan berkunjung ke Layang-Layang untuk berjumpa kalian.
“Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada anda dan semoga sihat selalu,” katanya.
Kejutan yang diberikan bekas jaguh badminton negara itu jelas membawa kegembiraan dalam kalangan penduduk di kawasan DUN itu.
#Tahun Baru Cina #Lee Chong Wei #layang-layang #ADUN #pandemik
;