'Tahniah, Tun Mahathir! Harap dapat berjumpa di KL atau Singapura' - Hsien Loong

Rahimah Abdullah
Mei 11, 2018 07:49 MYT
Hsien Loong memuat naik gambar pada 2001 bersama Tun Dr Mahathir di laman Facebooknya. - Gambar fail
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima panggilan telefon dari rakan sejawatannya dari Singapura, Hsien Loong pada pagi tadi bagi mengucapkan ucapan tahniah sempena pelantikannya menjawat jawatan Nombor Satu negara.
Hsien Loong melalui laman Facebooknya berkata, beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
"Saya telah menghubungi Tun Dr Mahathir Mohamad pagi ini untuk mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri. Beliau sedang sibuk bertemu dengan banyak orang untuk pembentukan kabinet.
"Saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya dan kerajaan beliau dan harap dapat jumpa beliau sama ada di Kuala Lumpur atau Singapura.
Hsien Loong turut memuat naik gambar bersama Tun Dr Mahathir semasa Rumah Terbuka Hari Raya di Johor Bahru pada Disember 2001.
#hari raya #Johor Bahru #kabinet #kerajaan #Kuala Lumpur #Mahathir Mohamad #menteri #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #PM #rumah #Singapura