JITRA: Kesedaran dan pematuhan pemandu terhadap peraturan dan akta-akta terutamanya membabitkan kenderaan komersial masih berada pada tahap yang rendah, kata Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan.
Beliau berkata akta berkenaan termasuk Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.
"JPJ memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan pihak syarikat, pemilik dan pemandu kenderaan komersial termasuk mana-mana pengguna jalan raya yang masih tegar melanggar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
"Oleh itu, JPJ menggesa semua pihak untuk sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, termasuk meningkatkan tahap kawal selia keselamatan operasi kenderaan komersial bagi memastikan ekosistem jalan raya sentiasa selamat kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Op Khas Kenderaan Komersial di Plaza Tol Jitra di sini malam tadi, yang turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Sementara itu, Lokman berkata melalui Op Patuh Khas 2023 sepanjang bulan ini, pihaknya telah memeriksa 321,263 kenderaan termasuk kenderaan komersial.
"Hasil pemeriksaan dan pengauditan dalam tempoh 1 hingga 30 Oktober, sebanyak 73,296 notis dikeluarkan kepada pihak syarikat, pemilik dan pemandu atas pelbagai kesalahan kegagalan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata daripada 73,296 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan, 4,515 ialah kesalahan lebih muatan, kesalahan teknikal (19,905), tiada lesen memandu yang sah (11,813), tiada lesen vokasional (6,085), LKM tamat tempoh (9,947), tiada insurans (6,626) dan kesalahan utama lalu lintas (5,762).
"Tiada lesen yang sah ini ialah kesalahan yang sangat serius kerana kebolehan mereka (pemandu) diragukan untuk berada di jalan raya ... tiada lesen vokasional pula tidak layak pandu kenderaan komersial.
"JPJ juga telah menyita sebanyak 705 kenderaan, 16 daripadanya melibatkan kesalahan lebih muatan yang ekstrem," katanya dan menambah penguatkuasaan dan tindakan tegas akan dilaksanakan secara berterusan bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Lokman berkata melalui Op Patuh Khas 2023 sepanjang bulan ini, pihaknya telah memeriksa 321,263 kenderaan termasuk kenderaan komersial. - Gambar fail BERNAMA
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Nak beri laluan, treler jatuh jambatan
Seorang pemandu treler nyaris maut apabila kenderaan dipandunya terjatuh dari Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pagi tadi ketika cuba mengelak dua ambulan yang melalui jalan yang sama.
Tiada 'double standard' punca kereta peronda PDRM diapit
Kenyataan Perbadanan Putrajaya susulan sekeping gambar kereta polis yang diapit di Putrajaya tular di media sosial semalam.