Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur 2, LPT 2 Sdn Bhd memandang serius aspek keselamatan pengguna lebuh raya itu susulan kerapnya berlaku kemalangan sejak ia dibuka 31 Jan tahun lalu.
Pengurus Besar LPT2 Husni Md Yusuf berkata sejak pihaknya mengambil alih pengurusan operasi lebuh raya itu dari kerajaan Terengganu sejak 15 Julai lalu, pelbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan tahap keselamatan di situ.
"Antaranya adalah membaik pulih bahu jalan secepat mungkin di lokasi yang dikenal pasti, menjalankan kerja menaik taraf turapan jalan di 10 lokasi secara berperingkat mulai bulan ini.
"Selain itu, LPT2 juga secara berterusan mengadakan pemantauan dan membaik pulih pagar lebuh raya yang rosak di sepanjang lebuh raya sepanjang 10 kilometer untuk keselamatan orang ramai," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.
Kenyataan itu adalah susulan kebimbangan orang ramai mengenai kadar kemalangan yang sering berlaku di LPT2 termasuk melibatkan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab di Km 395.4 dekat Ajil, petang, semalam.
Husni dalam pada itu memohon kerjasama orang ramai supaya tidak merosakkan pagar di sepanjang lebuh raya tersebut kerana ia boleh mengakibatkan ternakan dan haiwan liar memasuki laluan berkenaan dan membahayakan keselamatan pengguna.
"Semua pengguna juga dinasihatkan sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan, memandu dengan lebih berhati-hati serta pastikan memandu dalam keadaan cergas dan mendapatkan rehat yang mencukupi terutamanya pada musim hujan ketika ini," katanya.
Menurut Husni, bagi mempertingkatkan aspek keselamatan di lebuh raya itu pihaknya juga mengadakan audit keselamatan secara berkala dengan pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan laluan LPT2 adalah selamat serta mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Supt Shahrum Hashim ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi mencari mekanisme terbaik untuk meningkatkan keselamatan di lebuh raya tersebut.
Katanya menerusi pertemuan itu, pihaknya telah mempertingkatkan rondaan dan pemantauan yang berterusan di sepanjang LPT 2 bagi memastikan trafik berjalan lancar dan pengguna mematuhi undang-undang dan had laju yang dibenarkan.
"Kami juga mengadakan operasi had laju dan cara ini kita dapat lihat pengguna lebuh raya semakin berhati-hati dan kadar kemalangan juga semakin berkurangan berbanding setahun yang lalu," katanya.
Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Terengganu, Ahmad Firdaus Harun pula berkata, pemegang konsesi LPT2 seharusnya segera melengkapkan kemudahan di sepanjang lebuh raya terutama di kawasan rehat dan rawat (R&R) agar pengguna lebih selesa dan dapat berehat sebelum meneruskan pemanduan.
"Sejak mengambil alih pengurusan lebuh raya itu dua bulan lalu, kita lihat beberapa kawasan R&R di LPT 2 masih tidak mempunyai kemudahan lengkap, malah stesen minyak yang lengkap juga belum ada.
"Bagi JKJR pula, kita akan teruskan kempen keselamatan jalan raya, dengan menggesa pemandu lebih prihatin dan mengamalkan pemanduan berhemah dan lebih berhati-hati ketika memandu dalam hujan bagi mengelak berlakunya kemalangan," katanya.
Bernama
Tue Sep 06 2016
Sejak pengambilalihan pengurusan operasi lebuh raya itu daripada kerajaan Terengganu sejak 15 Julai lalu, pelbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan tahap keselamatan di situ. -Gambar fail
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Jangan normalkan remaja bawah umur memandu
Masyarakat dinasihatkan untuk tidak menormalkan perbuatan memandu kenderaan oleh remaja bawah umur yang berbahaya termasuk boleh mengakibatkan kematian.
Aspek keselamatan di hospital perlu diberi perhatian, dikaji semula - Lee
Lee berkata insiden remaja yang menceroboh dan menyamar sebagai kakitangan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang semalam adalah perkara serius dan harus diambil berat.
Tahap kesedaran aspek keselamatan sektor pelancongan masih rendah - NIOSH
Masih ramai yang lihat isu keselamatan dalam industri pelancongan sebagai sesuatu yang kecil berbanding sektor pembinaan dan pengilangan.
Pindaan Akta 50 bakal selesai kemelut Parallel Pathway - Dr Dzulkefly
Pindaan terhadap Akta Perubatan 1971 (Akta 50) akan menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran perubatan melalui laluan paralel (parallel pathway).
Konflik Asia Barat: Jemaah Haji jangan bimbang, tumpu perhatian kepada ibadat - TH
Jemaah haji dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang dengan konflik di Asia Barat dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat haji mereka.
Kerajaan akan wujudkan RUU baharu pertingkat keselamatan di pintu masuk negara - Fahmi
Kerajaan akan mewujudkan satu rang undang-undang (RUU) baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua pintu masuk negara, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.
Aspek keselamatan, kesalinghubungan internet intipati perbincangan dua kementerian - Fadhlina
Aspek keselamatan kanak-kanak dalam talian antara dibangkitkan pada perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan, semalam.
Kementerian Komunikasi bangunkan Kerangka Strategik 2024-2025, dukung dua misi utama kementerian - Fahmi
Kementerian Komunikasi membangunkan Kerangka Strategik Kementerian Komunikasi Tahun 2024-2025, dengan Visi: Masyarakat MADANI Berinfomasi, Berhubung, Berdaya Maju dan Kreatif.
Kod Sukan Selamat kekal keutamaan KBS - Hannah Yeoh
Kod itu merangkumi tatacara kelakuan bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual dalam industri sukan.
Agenda Johor Selamat mantapkan aspek keselamatan negeri - MB Johor
PDRM terus bekerjasama dengan ATM, agensi-agensi beruniform dan badan bukan kerajaan untuk meningkatkan lagi keselamatan negeri.