KUALA LUMPUR: Status Malaysia pada Tahap 2 Pemerhatian menerusi Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang (TIP) Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) 2023, menandakan kemajuan ketara dalam menangani isu pemerdagangan orang di negara ini, berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Justeru, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Prof Datuk Rahmat Mohamad berkata organisasi tersebut, memuji usaha bersepadu kerajaan dan semua pihak berkepentingan dalam meningkatkan kedudukan TIP negara.
"Langkah-langkah yang diambil kerajaan, mencerminkan komitmen yang kukuh untuk memerangi pemerdagangan orang dan mengiktiraf kepentingan untuk keluar dari Tahap 3, bagi mengelakkan sekatan eksport produk-produk tempatan," katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Sebagai organisasi yang komited dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia termasuk memerangi pemerdagangan orang, Rahmat berkata SUHAKAM tetap teguh dalam menyokong inisiatif yang bertujuan untuk membasmi jenayah tersebut.
Beliau menyifatkan kerjasama antara kerajaan, organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan yang relevan, penting untuk merealisasikan objektif Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (NAPTIP 3.0), dan Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Buruh Paksa 2021-2025 (NAPFL).
Suhakam juga mengulangi saranannya kepada kerajaan, untuk meningkatkan usaha bagi menghalang, menerajui pembasmian pemerdagangan orang, penyeludupan migran dan memastikan perlindungan sepenuhnya serta bantuan kepada mangsa pemerdagangan dan penyeludupan di setiap peringkat.
Laporan TIP yang dikeluarkan 15 Jun, menunjukkan kedudukan Malaysia naik daripada Tahap 3 ke Tahap 2 Pemerhatian, sementara menyarankan agar Malaysia memberi penekanan kepada kes pemerdagangan orang yang melibatkan penjawat awam serta menambah baik kerjasama antara agensi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
![Tahap 2 TIP: Tanda kemajuan ketara tangani isu pemerdagangan orang Tahap 2 TIP: Tanda kemajuan ketara tangani isu pemerdagangan orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61656670999_ProfDatukDrRahmat.jpg)
Rahmat berkata organisasi tersebut, memuji usaha bersepadu kerajaan dan semua pihak berkepentingan dalam meningkatkan kedudukan TIP negara. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710224005_AzalinaOthman.jpg)
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
![Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712065120_MKulasegaran.jpg)
Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini
Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
![Hak kewarganegaraan: Berilah keadilan kepada kanak-kanak Hak kewarganegaraan: Berilah keadilan kepada kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672204178_NoorAziah.jpg)
Hak kewarganegaraan: Berilah keadilan kepada kanak-kanak
Noor Aziah harap kerajaan menangguhkan perkara-perkara yang melibatkan anak angkat atau anak tidak sah taraf demi keadilan kanak-kanak tersebut.
![Mesyuarat bincang implementasi klausa Seksyen 19 Akta 792 Mesyuarat bincang implementasi klausa Seksyen 19 Akta 792](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696485210_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Mesyuarat bincang implementasi klausa Seksyen 19 Akta 792
Satu mesyuarat telah diadakan hari ini bagi membincangkan strategi implementasi klausa berkaitan Seksyen 19 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] secara menyeluruh.
![Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694850902_DrFarahNini.jpg)
Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraika
![Kertas Putih Kesihatan dibentang di Dewan Rakyat hari ini Kertas Putih Kesihatan dibentang di Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686552848_TBzaliha.jpg)
Kertas Putih Kesihatan dibentang di Dewan Rakyat hari ini
Kertas Putih itu dijadual dikemukakan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa selepas berakhirnya sesi perbahasan dan penggulungan.
![Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678412899_DrFarahNiniDusuki.jpg)
Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak
Farah Nini mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang berhubung kanak-kanak.
![Langkah positif Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai badan berkanun bebas Langkah positif Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai badan berkanun bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619243088_suhakam.jpg)
Langkah positif Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai badan berkanun bebas
Rahmat berkata, penubuhan suruhanjaya ini adalah langkah yang betul dengan kedudukan Malaysia sebagai Negara Pihak kepada CRC.
![Pesuruhjaya Kanak-kanak pastikan hak, kebajikan mereka terjamin Pesuruhjaya Kanak-kanak pastikan hak, kebajikan mereka terjamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674059760_NoorAziah.jpg)
Pesuruhjaya Kanak-kanak pastikan hak, kebajikan mereka terjamin
Fungsi jawatan Pesuruhjaya Kanak-Kanak ialah memastikan sebarang pencabulan hak kanak-kanak diambil tindakan segera.
![Pesuruhajaya Kanak-Kanak dilantik anggotai Suhakam - PM Anwar Pesuruhajaya Kanak-Kanak dilantik anggotai Suhakam - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674033955_AnwarIbrahim.jpg)
Pesuruhajaya Kanak-Kanak dilantik anggotai Suhakam - PM Anwar
Pesuruhjaya Kanak-Kanak dilantik menganggotai Suhakam berkuat kuasa serta-merta dalam usaha menangani masalah penderaan dan sosial melibatkan kanak-kanak, kata Perdana Menteri.