Tahanan polis meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat COVID-19
Bernama
Februari 26, 2022 22:07 MYT
Februari 26, 2022 22:07 MYT
KUALA LUMPUR: Kematian seorang tahanan lelaki warganegara Myanmar di Hospital Tanah Merah, Kelantan awal pagi tadi disahkan adalah akibat jangkitan COVID-19.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata lelaki berkenaan ditahan semalam oleh anggota polis daripada Balai Polis Jeram Perdah, Pasir Mas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
"Ujian awal mendapati lelaki berkenaan positif COVID-19 dan kemudian dihantar ke Hospital Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan, lelaki itu ditempatkan di wad COVID-19 pada pukul 4 petang hari yang sama dan pada pukul 2.22 pagi hari ini (26 Feb) lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat virus berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini
Katanya Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan JIPS akan menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
-- BERNAMA
#tahanan polis
#meninggal dunia
#warganegara Myanmar
#Hospital Tanah Merah
#COVID-19
#JIPS Bukit Aman
#Azri Ahmad