Tahanan LTTE rai Deepavali bersama keluarga

Fareez Azman
Oktober 27, 2019 18:34 MYT
Sambutan perayaan Deepavali tahanan LTTE bersama keluarga mereka di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada Ahad.
Sempena sambutan Deepavali hari ini, kesemua 12 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) meraikan hari kebesaran penganut agama Hindu itu bersama keluarga di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK).
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, keluarga kesemua tahanan itu diberi hak untuk melawat selama dua jam bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Ayob Khan berkata, keluarga juga diberi peluang membawa makanan kepada tahanan.
"Kita dapati ada tahanan yang mengalami gastrik dan sakit perut, ia perkara biasa dan mungkin mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan makanan di sini," katanya.
Beberapa keping foto yang dikirimkan ke Astro AWANI menyaksikan tahanan kelihatan gembira apabila bertemu dengan keluarga sempena perayaan Deepavali.
Media sebelum iin melaporkan, kesemua 12 individu termasuk ua ADUN dari Negeri Sembilan dan Melaka ditahan kerana disyaki terbabit LTTE mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
#Astro #Astro Awani #Bukit Aman #Counter Terrorism #Deepavali #Kuala Lumpur #LTTE #PDRM #SOSMA #Tahanan
;