Tahanan lolos, lapan anggota polis direman empat hari
Astro Awani
Julai 10, 2017 12:20 MYT
Julai 10, 2017 12:20 MYT
Lapan anggota polis direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung insiden tahanan lolos ketika dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau pada Ahad.
Turut direman seorang orang awam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Georgetown.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, usaha mengesan tahanan yang lolos, Anuar Ayat, 43, sedang giat dijalankan.
Polis percaya lelaki berkenaan masih berada dalam negara.
Dalam kejadian petang Ahad, Anuar meloloskan diri dalam keadan bergari apabila van dinaikinya bersama dua tahanan lain mengalami masalah brek dan terpaksa berhenti di tepi jalan.