Tahanan imigresen lolos: Penduduk terkejut bunyi bising, lihat tahanan keluar beramai-ramai

Sinar Harian
April 20, 2022 14:03 MYT
Kira-kira 700 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau di sini melarikan diri. - Foto Sinar Harian
BANDAR BAHARU: Penduduk Kampung Relau di sini terkejut selepas terdengar bunyi bising sebelum menyedari kira-kira 700 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau di sini melarikan diri.
Penduduk, Mohd Safuan Mohd Rozi, 19, berkata, bunyi bising dari luar rumah sehingga menimbulkan kebimbangan menyebabkan penduduk keluar untuk melihat apa berlaku.
"Kami panggil kawan-kawan lain dan saya sempat tarik seorang (tahanan) bubuh (masuk) dalam trak," katanya.
BACA: 528 tahanan depoh imigresen lolos, 205 masih diburu, 6 maut nahas lebuh raya
Sementara itu, Eiman Aliff Md Khairun, 19, berkata, perasaan takut dan terkejut setelah melihat tahanan keluar dari depot secara beramai-ramai.
[TERKINI] 6 tahanan maut ketika melarikan diri, 229 yang lain ditahan semula
"Saya dengar bunyi bising dan ada orang minta tolong, masa itu saya dengan kawan, ada juga yang pergi tangkap," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai kira-kira 700 PATI dari Depot Sementara Imigresen Relau dilaporkan melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi Rabu.
Bagaimanapun, enam dilaporkan maut dalam kemalangan ketika melintas Lebuhraya Utara Selatan manakala seramai 229 lagi berjaya diberkas semula di Kilometer 168 lebuh raya sama.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
#tahanan lolos #warga Rohingya #Depot Sementara Imigresen Relau #Bandar Baharu #rusuhan #Imigresen
;