IPOH: Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah kepada banduan tiada kena mengena dengan usaha untuk membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, cadangan itu merupakan inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kesesakan di 43 penjara seluruh negara.
"Saya hendak sanggah naratif nakal yang dimainkan segelintir media kononnya hendak meletakkan Najib di bawah tahanan di rumah.
"Punyalah nakal sampai tidak boleh tengok perspektif kurangkan kesesakan penjara khususnya untuk untuk kategori tertentu. Ada panel menilainya bagi jenis kesalahan yang kami cadangkan, hanya mereka dijatuhkan hukuman penjara kurang empat tahun.
"Kalau dikenakan penjara sehingga 20 tahun, penjenayah tegar takkan senang-senang beri 'home detention', itu akan mengancam masyarakat. Jadi apabila kita umumkan, hati tidak jernih terus buat kesimpulan awal secara tidak bertanggungjawab," katanya dalam sidang akhbar selepas Program Menyemai Kasih Rakyat dan menyantuni penghuni Rumah Seri Kenangan di Ulu Kinta, di sini pada Isnin.
Tambah Saifuddin, pihaknya akan meneliti pelaksanaan inisiatif itu dengan melakukan semakan peruntukan undang-undang atau akta berkaitan digubal.
"Untuk kita laksanakannya ada keperluan semak undang-undang, akta, peraturan, apakah perlu kita buat akta baharu misalnya.
"Kalau itu tidak mencukupi melaksanakan tahanan dalam rumah kita perlu akta baru, barulah kita bincang dengan pihak berkaitan untuk gubal supaya pelaksanaannya mematuhi dari segi undang-undang sekali gus objektif mengurangkan kesesakan tercapai.
"Jadi, kita mahu semua masyarakat, aktivis dan 'state holder' bagi dukungan dengan hasrat kerajaan dalam melaksanakannya," jelasnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 04 2024
Saifuddin berkata, cadangan itu merupakan inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kesesakan di 43 penjara seluruh negara. - Gambar fail/Bernama
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Banduan bebas dengan PBSL tekad berubah, tak mahu siakan peluang
Penghuni Penjara Bentong tidak mahu mensia-siakan peluang PBSL, kerana telah kehilangan banyak masa bersama keluarga.
Banduan bebas secara lesen harap peluang kedua ubah kehidupan
Banduan yang dibebaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) mengharapkan peluang kedua dan berazam untuk mengubah kehidupan.