Tahan tanpa bicara kembali semula dalam Akta PCJ 1959

Aizat Sharif
September 25, 2013 13:05 MYT
Penahanan seseorang tahanan tanpa bicara tidak lebih dari dua tahun merupakan satu intipati baru dalam Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.
Malah penahanan tersebut boleh diperbaharui tidak melebihi dua tahun berikutnya jika penahanan tersebut dilakukan demi menjaga kepentingan masyarakat dalam menjaga ketenteraman awam dan pencegahan jenayah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang ditemui pemberita di lobi parlimen selepas membentangkan bacaan kali pertama akta berkenaan berkata akta tersebut bukanlah untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tahun lalu.
“Akta tersebut bukanlah sesuatu yang ‘draconian’ dan bukan juga kemunculan semula ISA dan ianya dilakukan sebagai langkah transformasi kerajaan dalam membendung kejadian jenayah,” katanya lagi.
Akta tersebut akan dibentangkan di Parlimen pada 30 September ini
#ISA #jenayah #Parlimen #PCJ
;