Tabung 'Sinar4Rohingya - Solidariti Untuk Kemanusiaan' dilancar petang ini

Astro Awani
September 8, 2017 10:50 MYT
Dana yang dikumpulkan antara lain untuk memberi bantuan dari segi pendidkan, perubatan, makanan dan pemulihan kaum Rohingya. -REUTERS
Sinar Harian dan Kumpulan Media Karangkraf dengan kerjasama Astro AWANI akan melancarkan tabung ‘Sinar4Rohingya - Solidariti Untuk Kemanusiaan’ petang ini.
Program dijadual berlangsung di Dewan Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam jam 2.30 petang.
Penubuhan tabung ini bertujuan memberi bantuan daripada segi pendidikan, perubatan, makanan dan pemulihan kaum Rohingya di negara ini dan juga di Myanmar.
Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank ‘Sinar Karangkraf Sdn Bhd’ (tabung Sinar4Rohingya - Solidarity for Humanity) di akaun 503033634355.
Sinar Harian akan melantik badan-badan yang bertanggungjawab bagi memastikan sumbangan orang ramai akan digunakan untuk membantu kaum Rohingya.
#Kumpulan Media Karangkraf #Rohingya #Sinar Harian #Sinar4Rohingya
;