Tabung Harapan Malaysia: Malindo Air sumbang RM1 setiap tiket

Sinar Harian
Jun 2, 2018 11:01 MYT
Malindo Air menjalankan kempen ini bagi menyatakan patriotisme kepada negara. - Gambar hiasan
MALINDO AIR, syarikat penerbangan hibrid Malaysia mengumumkan akan menyumbang RM1 dari setiap jualan tiket penerbangan Malaysia ke Tabung Harapan Malaysia (THM).
Kempen itu akan berlangsung selama tiga bulan bermula pada semalam dan akan dilanjutkan hingga 31 Ogos untuk menyokong inisiatif kerajaan baru dalam mewujudkan masa depan rakyat Malaysia yang lebih baik.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy, kempen ini dilakukan bagi menyatakan patriotisme kepada negara.
“Kami percaya adalah tanggungjawab kami untuk memainkan peranan dalam mengukuhkan keadaan ekonomi negara.
“Keluarga Malindo mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa, jika kita rakyat bersatu dalam membantu kerajaan baru, Malaysia akan kembali ke hari kegemilangan dalam masa yang singkat,” katanya.
#chandran rama muthy #ekonomi #kempen #kerajaan #Malaysia #Malindo Air #patriotisme #penerbangan #rakyat #Tabung Harapan Malaysia #tiket
;