Tabung Harapan cecah lebih RM100 juta

Sinar Harian
Jun 25, 2018 19:00 MYT
Jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia setakat jam 3 petang Isnin - Foto Twitter/ mofmalaysia
Tidak sampai sebulan dilancarkan, Tabung Harapan Malaysia berjaya mencapai kutipan RM108 juta setakat jam 3 petang ini.
Jumlah kutipan terkini tabung itu dikeluarkan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.
Ini turut bermakna sebanyak RM15 juta telah disumbangkan rakyat Malaysia dalam tempoh sehari untuk mencapai jumlah RM108,215,946.39 hari ini berbanding RM92,692,933. 35 juta semalam.
Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata, sumbangan derma yang disalurkan kepada tabung tersebut hanya akan digunakan untuk membayar hutang kerajaan.
Rakyat yang ingin menyumbang kepadaTabung Harapan Malaysia boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452.
Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pada 3 petang setiap hari di laman web Kementerian Kewangan.
#Kementerian Kewangan #kerajaan #Lim Guan Eng #Malaysia #Maybank #Tabung Harapan
;