Tabung Haji umum hibah 1.25 peratus - Mujahid

Astro Awani
April 5, 2019 15:57 MYT
Agihan hibah kepada pendeposit Tabung Haji bagi Tahun Kewangan 2018 ialah sebanyak RM913 juta.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan kadar agihan hibah Tabung Haji bagi Tahun Kewangan 2018 ialah 1.25 peratus.
Menurut Mujahid, pengagihan hibah kepada semua pendeposit Tabung Haji ialah sebanyak RM913 juta.
"Bayaran hibah sebanyak 1.25 peratus ini akan memberi manfaat kepada 9.3 juta pendeposit TH," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya, pada Jumaat.
Untuk rekod, TH mengumumkan 4.50 peratus hibah tahunan dan tambahan hibah haji sebanyak 1.75 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017 melibatkan pembayaran berjumlah RM2.7 bilion.
#dividen tabung haji #hibah #Mujahid Yusof #Tabung Haji
;