Tabung Haji umum bonus 5.75 peratus

Bernama
Februari 3, 2017 12:53 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini berkata kesemuanya melibatkan pembayaran sebanyak RM2.88 bilion. - Gambar fail
Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan bonus atau hibah kepada pendeposit, merangkumi 4.25 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 1.5 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini berkata kesemuanya melibatkan pembayaran sebanyak RM2.88 bilion.
Untuk rekod, TH mengumumkan 5.0 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3.0 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji pada tahun kewangan 2015, berjumlah RM3.24 bilion.
-- BERNAMA
#bonus #hibah #Tabung Haji
;