Tabung Haji nafi jemaah meninggal dunia akibat terowong sesak

Bernama
Ogos 13, 2019 22:42 MYT
TH menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia selepas sesak nafas kerana terowong sesak. - Gambar fail/Astro AWANI
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia setelah sesak nafas kerana terowong sesak akibat hujan lebat.
Mesej yang tular itu juga mendakwa kononnya TH telah menahan perjalanan jemaah haji Malaysia untuk berpatah balik pada yang telah berlepas untuk melontar jamrah sebelum hujan lebat melanda Mina.
"Mesej yang tular di laman media sosial ini adalah tidak benar!" kata TH menerusi kenyataan di laman sosial Facebook di sini hari ini.
Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH.
-- BERNAMA
#jemaah haji Malaysia #Lembaga Tabung Haji #meninggal dunia #mesej tular #Rukun Islam kelima #sesak nafas #Tabung Haji #terowong sesak #TH
;