Tabahlah AirAsia - MAS
Astro Awani
Disember 28, 2014 16:27 MYT
Disember 28, 2014 16:27 MYT
Biarpun AirAsia merupakan pesaingnya namun Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini menyatakan sokongan mereka atas kehilangan pesawat QZ8501, hari ini.
Di laman Facebooknya, MAS memuatkan gambar yang berlatar belakangkan warna kelabu yang bertulis "Stay Strong AirAsia".
Sokongan MAS kepada AirAsia dilaman Facebooknya
Selain itu, MAS juga turut memuatkan kata-kata: “Ingatan dan doa kami bersama sahabat handai dan sanak saudara mereka yang berada dalam QZ8501”.
Pesawat AirAsia QZ8501 berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan.