'Syurga buatmu, Mohamad Thaqif...'

Madiha Abdullah
April 26, 2017 21:17 MYT
Pemergian Thaqif mencetuskan rasa sebak buat rakyat Malaysia yang setia mengikuti perkembangannya sejak dimasukkan ke hospital, Rabu minggu lalu.
DIA dengan rela hati mendaftar ke madrasah tahfiz dengan harapan impiannya untuk bergelar hafiz akan menjadi kenyataan.
Namun siapa sangka, begini kesudahannya.
Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie, 11, menghembuskan nafas terakhir jam 2.05 petang tadi selepas beberapa hari bertarung nyawa di hospital.
Mohamad Thaqif didakwa mengalami kesakitan dan terpaksa dipotong kedua-dua belah kakinya selepas dirotan pembantu warden.
Pemergian Mohamad Thaqif mencetuskan rasa sebak buat rakyat Malaysia yang setia mengikuti perkembangannya sejak dimasukkan ke hospital, Rabu minggu lalu.

Saya menangis di dalam hati dengan kembalinya Allahyarham adik Thaqif. Apa tindakan masyarakat setiap kali kejadian menyayat hati berlaku?

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) April 26, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sedih. Dapat aku bayangkan macam mana perasaan mak bapak adik Thaqif tu hantar anak ke tahfiz untuk bimbing ke syurga, tapi jasad je tinggal

— Greg (@EddSkater) April 26, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

This is sad and tragic, rest in peace little Thaqif. You are in a better place. AlFatihah

— Dean (@amerhbsag) April 26, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Im following the case since it was made public , may Allah grant him highest place in jannah . #thaqif

— alyafrznm (@alyafarzana_) April 26, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Adik Thaqif, semoga awak tenang di sana. Tak perlu lagi hafal apa-apa dik, awak dah terus ke sana. Insha Allah. /p>— Hilmi Loma (@MimieyLoma) April 26, 2017

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

All he wanted is to be a huffaz but dear Thaqif, you are now in heaven. So jealous that you die as syahid :'( al fatihah. pic.twitter.com/AWuTJl2q3V

— bonn (@waheedabonn) April 26, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Adik thaqif dh pulang ke pangkuanNya. Allah lebih mengetahui. Andai umur pnjang mgkin tak smpurna hdup dia tanpa kaki.emoga tenang disana/p>— Permaisuri (@Syuhaaaaaa_) April 26, 2017

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sumpah sedih baca ni, cita2 Thaqif nak jadi Huffaz pic.twitter.com/fkwgq7u9rs

— Nurul Amyza (@amyza_zamri) April 26, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Smallest coffins are the heaviest. Rest well, young soul. #Thaqif

— txshx. (@tachangg) April 26, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa yang sama, ramai juga mengharapkan pihak berwajib agar lebih prihatin dengan kewujudan sekolah-sekolah tahfiz.
Netizen mencadangkan agar peraturan untuk mewujudkan sekolah tahfiz diketatkan untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku lagi.
Mereka juga berharap jika benar penderitaan Mohamad Thaqif adalah disebabkan penderaan, individu yang bertanggungjawab akan segera dihadapkan ke muka pengadilan.
Mohamad Thaqif , pelajar pusat madrasah swasta di Kota Tinggi, Johor, dipercayai mengalami kesakitan di bahagian kaki selepas disebat oleh pembantu warden di tapak kaki dan betis dalam keadaan bersujud.
Dia dijadualkan menjalani pembedahan memotong tangan pagi tadi, namun ia dibatalkan kerana keadaan jantungnya tidak stabil.
#hafiz #meninggal dunia #tahfiz #Thaqif Amin Mohd Gadaffie
;