KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) hari ini tampil dengan syor terkini berhubung pengambilan dos penggalak terhadap beberapa kategori individu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata, individu yang berusia 60 ke atas kini boleh menerima dos penggalak kedua secara sukarela bagi tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima dos pertama.
Manakala bagi kumpulan berusia 18 hingga 59 tahun yang mempunyai penyakit kronik juga, kata Khairy, dibenarkan menerima dos penggalak kedua bagi tempoh yang sama.
Sementara itu, beliau memaklumkan, golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang mengalami penyakit kronik boleh menerima dos penggalak pertama sebaik sahaja menerima suntikan dos primer.
“Seperti yang dijelaskan sebelum ini, individu yang telah lengkap menerima dos primer vaksin COVID-19 dan diikuti dengan dos penggalak pertama telah terbukti boleh mendapat perlindungan optima daripada jangkitan COVID-19 yang teruk dan kematian.
“Namun, disebabkan berlaku penurunan imuniti dalam tempoh yang tertentu terutamanya kepada individu di dalam kumpulan rentan, risiko masih lagi tinggi bagi kumpulan ini untuk mendapat jangkitan yang teruk, dimasukkan ke hospital dan seterusnya boleh menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mengulas mengenai penggunaan ubat antiviral Paxlovid, Khairy berkata, seramai 173 pesakit telah mengambilnya dan sembuh sepenuhya serta tiada sebarang kesan sampingan dilaporkan.
“Untuk makluman, ubat Paxlovid telah dibekalkan untuk rawatan pesakit COVID-19 di 512 buah Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Klinik Kesihatan dan 78 buah hospital kerajaan.
“Setakat ini, keutamaan pemberian rawatan Paxlovid adalah kepada kumpulan pesakit COVID-19 berisiko tinggi yang mengalami gejala ringan hingga sederhana,” jelas Khairy lagi.
Hilmi Malik
Thu May 12 2022
Khairy berkata, individu yang berusia 60 ke atas boleh menerima dos penggalak kedua secara sukarela bagi tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima dos pertama. - Gambar fail
Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius.
Guardiola lanjut kontrak dua tahun lagi bersama Manchester City
Lanjutan kontrak itu menjadikannya pengurus City yang paling lama berkhidmat sejak Les McDowall pada 1963.
Harga santan cecah RM16 sekilogram
Peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga santan sehingga RM2 berikutan berlaku kenaikan harga kelapa di peringkat pembekal.
Bekas pemain Manchester United jadi posmen
Dia hanya bermain dua perlawanan untuk pasukan utama United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum ke Sheffield Wednesday pada 2015.
Jumlah pemegang sijil halal pengusaha perniagaan meningkat
Setakat 10 november, sebanyak 1,926 syarikat yang mewakili 10,814 premis makanan sudah menerima sijil halal melalui skim premis halal.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Ia susulan badan itu gagal menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata dan memudah cara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Ia susulan badan itu gagal menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata dan memudah cara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
'Piecemeal' lewat terima bayaran isu terpencil - RTM
Isu kelewatan bayaran perkhidmatan seorang pekerja sambilanĀ (piecemeal) Jabatan Penyiaran (RTM) yang tular ketika ini di media sosial ialah isu terpencil.
Jabatan Penyiaran dalam satu kenyataan memaklumkan aduan ituĀ dibuat oleh seorang 'Piecemeal' yang baharu mula bertugas dengan RTM bulan lepas.
Jabatan Penyiaran dalam satu kenyataan memaklumkan aduan ituĀ dibuat oleh seorang 'Piecemeal' yang baharu mula bertugas dengan RTM bulan lepas.
Veteran ATM meninggal dunia ketika hadiri majlis di MAEPS
Md Abadi meninggal dunia di Hospital Serdang sekitar 2.30 petang, menurut kenyataan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Netflix disaman atas isu penstriman pertarungan Tyson-Paul
Seorang pelanggan Netflix memfailkan saman tindakan kelas terhadap gergasi penstriman itu berhubung isu teknikal semasa pertarungan Mike Tyson-Jake Paul.
Saman itu difailkan Ronald "Blue" Denton di Mahkamah Negeri Florida awal minggu ini.
Saman itu difailkan Ronald "Blue" Denton di Mahkamah Negeri Florida awal minggu ini.
38 terbunuh diserang lelaki bersenjata di Pakistan
38 terbunuh manakala 29 yang lain cedera selepas kenderaan dinaiki mereka diserang lelaki bersenjata di Pakistan pada Khamis.
Menurut seorang pegawai tempatan, Nadeem Aslam Chaudhry insiden itu berlaku ketika mereka melalui sebuah kawasan pedalaman ketika dalam perjalanan ke Peshawar.
Menurut seorang pegawai tempatan, Nadeem Aslam Chaudhry insiden itu berlaku ketika mereka melalui sebuah kawasan pedalaman ketika dalam perjalanan ke Peshawar.
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini
Sebanyak 7,294 kes COVID-19 direkodkan di Perak sejak 1 Jan hingga 16 Dis lepas berbanding 108,859 kes dicatatkan bagi tempoh sama, tahun lepas.
COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.
Johor galakkan imam, jemaah ambil dos penggalak vaksin COVID-19
Imam, bilal dan jemaah masjid di Johor digalakkan mengambil suntikan dos penggalak susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
COVID-19: Tiada arahan wajibkan semua rakyat Malaysia dapatkan dos penggalak - Fahmi
Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes COVID-19.
COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan
KKM menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
Vaksin COVID-19: Penerima dos penggalak kedua terus meningkat
Bilangan penerima dos penggalak kedua kini melepasi 2.5 peratus, mewakili 819,670 individu.
COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.
Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan
Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi COVID-19.