Synergy Promenade serah semula tanah Felda

Astro Awani
Januari 15, 2018 13:17 MYT
Keadaan kawasan milik projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Jalan Semarak. - FotoBERNAMA
Synergy Promenade Sdn Bhd dijangka akan menyerahkan semula tanah kontroversi Felda yang dibangunkan sebagai Kuala Lumpur Vertical City hari ini.
Portal Sinar Harian melaporkan kedua-dua pihak difahamkan sudah mencapai kata putus berhubung perkara terbabit.
Tanah milik Felda yang bernilai RM270 juta itu mula menjadi kontroversi apabila Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mendedahkan penukaran milik tanah berkenaan tanpa mendatangkan sebarang pembayaran kepada Felda.
Turut difahamkan satu sidang media akan diadakan bagi menjelaskan perkara berkenaan.
BACA: Krisis tanah Felda, audit bermula esok - Shahrir
BACA: Krisis tanah Felda: Siasatan dijangka selesai minggu depan - KPN
Astro AWANI akan menghadiri sidang media berikut pada jam 4 petang ini.
#Felda #Isa Samad #Kuala Lumpur Vertical City #Rasuah #Shahrir Abdul Samad #SPRM
;