Syed Saddiq tidak 'serik', kembali 'merempit' di malam Tahun Baharu 2019

Astro Awani
Januari 1, 2019 06:27 MYT
SYED SADDIQ membonceng motosikal ketika mengadakan tinjauan di sekitar Kuala Lumpur pada malam sambutan Tahun Baharu 2019. - Gambar Instagram Syed Saddiq
Kecederaan yang dialami oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana kemalangan motorsikal tidak menghalang beliau untuk kembali ‘merempit’ di ibu kota.
Menerusi perkongsian di akaun media sosialnya, Syed Saddiq berkongsi gambarnya membonceng motosikal dan menemui anak muda pada malam sambutan tahun baharu.
“Saya turun padang untuk mendengar sendiri keluhan dan pandangan dan paling penting melihat sendiri kehidupan belia Malaysia”, tulis Saddiq di kapsyennya.
Saddiq menegaskan, masyarakat tidak sepatutnya cepat menghukum kelompok belia yang disifatkannya ‘unik’ dengan melabelkan mereka dengan kelas-kelas tertentu.
“Terma, ‘remaja berisiko’ tidak boleh dipakai sesuka hati hanya kerana mereka berbeza. Semua belia adalah belia,” ujar beliau.
Ketua ARMADA Bersatu itu turut berkongsi pengalaman beliau mendekati remaja yang menjual burger dan geng ‘basikal lajak’
“Mereka ini berniaga pada usia yang sangat muda. Sifat keusahawanan ini harus mendapat pujian," kata Syed Saddiq yang turut menggelarkan belia basikal lajak sebagai sangat berinovatif.
“Adik-adik basikal lajak ini ‘potong’ basikal mereka sendiri, boleh repair basikal on the spot, dan sentiasa mencari cara untuk menambah baik basikal mereka,” tulis beliau
Syed Saddiq berjanji program seumpama ini bukanlah bersifat bermusim tetapi akan dilakukan secara berkala bersama Kementerian Belia dan Sukan.
Syed Saddiq sebelum ini mengalami kecederaan akibat kemalangan motosikal.
Kemunculan Syed Saddiq yang terhinjut-hinjut dan muka berbalut ketika Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu baru-baru ini mengundang pelbagai persepsi sehingga beliau membuat penjelasan di Twitter.

Cedera jatuh motor pun ada pihak nak politikkan. Let the photo speak for itself. Bagi mereka yang fitnah saya, saya doakan saudara saudari akan kembali ke jalan yang benar. Malam ni saya akan bersama DS @drwanazizah dalam aktiviti Street Dakwah.#YouthPower pic.twitter.com/21AetqQi3h

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 31, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#2019 #ARMADA #basikal lajak #burger #inovatif #Instagram #kemalangan #Menteri Belia dan Sukan #merempit #PAT #Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu #potong basikal #Street Dakwah #Syed Saddiq #tahun baharu #Twitter