Syed Saddiq stabil selepas jalani pembedahan apendisitis

Bernama
Disember 11, 2019 05:10 MYT
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selamat menjalani pembedahan apendisitis pagi tadi dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Gambar Instagram SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selamat menjalani pembedahan apendisitis pagi tadi dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
"Alhamdulillah, pembedahan tersebut telah berjaya dan beliau kini dalam keadaan stabil. Kami memohon agar beliau diberikan ruang untuk berehat dalam tempoh pemulihan ini dan tiada pelawat dibenarkan buat seketika waktu," menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Kenyataan media itu bagaimanapun tidak mendedahkan waktu sebenar dan lokasi Syed Saddiq dimasukkan ke hospital. - BERNAMA
#pembedahan apendisitis #stabil #Syed Saddiq