Syed Saddiq, Nurul Izzah pilihan netizen sebagai Menteri Belia dan Sukan

Syafique Shuib
Mei 20, 2018 11:41 MYT
Netizen memilih antara Syed Saddiq, Nurul Izzah Anwar, Fahmi Fadzil, dan Nik Nazmi Nik Ahmad bagi jawatan Menteri Belia dan Sukan.
BARISAN menteri Kabinet dijadual mengangkat sumpah pada Isnin.
Namun satu portfolio yang dinanti-nantikan oleh golongan muda ialah jawatan Menteri Belia dan Sukan.
Ia menggantikan Menteri sebelum ini iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ini juga merupakan antara portfolio penting yang mengambil kira hal ehwal anak-anak muda Malaysia.

Menteri belia dan sukan xde erk? https://t.co/ZPdeedXHBw

— R I C H A Z N I (@RichAznii) May 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perbualan di media sosial semakin rancak oleh mereka yang masih tertanya-tanya siapa bakal mengisi jawatan ini.
Secara amnya, netizen mengharapkan calon dipilih adalah berdasarkan kelayakan agar ia kekal relevan.

Last aku baca Azmin tgh pertimbang nk lepas MB or not. Betol tuh, aku setuju Doctor yg jadi health minister. Semoga menteri belia dan sukan pon org yg relevant. Dah time menteri msia dipilih base on kelayakan bukan keturunan

— (@hermitShim) May 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara nama yang disebut-sebut untuk memegang jawatan itu adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

If I'm not mistaken syed saddiq is the new menteri belia dan sukan

— Raja Nazreena (@KureenReena) May 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

WE WANT @SyedSaddiq SEBAGAI MENTERI BELIA DAN SUKAN!!!!

— Azmin Aziz (@zeemean) May 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad turut menerima sokongan netizen untuk menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Menteri Belia Dan Sukan Aku target @n_izzah tak pun @niknazmi tak pun @SyedSaddiq .

— Nor Hisham Mohamed (@ahmadbelia) May 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Muka baharu dalam politik negara, Fahmi Fadzil yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai juga mempunyai potensi untuk menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Masih kurang wakil pkr dlm kabinet. Mungkin boleh bagi fahmie fadzil pegang portfolio menteri belia dan sukan.

— (@wawhyafham) May 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Jumaat, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan senarai nama untuk 15 Menteri Kabinet baharu.
Menurut kenyataan perdana menteri, antara yang tersenarai adalah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi manakala Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Senarai yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri itu telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan Baginda telah memperkenankan senarai itu.
Tun Mahathir sebelum ini turut berkata Pakatan Harapan mahu perkecilkan Kabinet kepada 25, jumlahnya boleh ditambah pada masa hadapan bergantung kepada keperluan.
Senarai penuh kabinet difahamkan akan diumumkan kemudian.
#Azmin Ali #DAP #Khairy Jamaluddin #Mahathir Mohamad #Menteri Belia dan Sukan #Nurul Izzah #Nurul Izzah Anwar #Pakatan Harapan #PKR #Syed Saddiq #Yang di-Pertuan Agong
;