'Syed Saddiq, jangan cuba manipulasi isu pecat kakitangan kerajaan' - Khairy

Hilal Azmi
Januari 16, 2018 21:26 MYT
Syed Saddiq diingatkan untuk tidak memanipulasi desakan Ketua Pemuda UMNO Perlis agar memecat kakitangan kerajaan yang berkongsi dan memuat naik fitnah terhadap pemimpin negara di laman media sosial. - Gambar fail
Ketua Pemuda Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diingatkan untuk tidak memanipulasi desakan Ketua Pemuda UMNO Perlis agar memecat kakitangan kerajaan yang berkongsi dan memuat naik fitnah terhadap pemimpin negara di laman media sosial.
"Kalau ada pegawai kerajaan yang terlibat dalam penyebaran maklumat palsu dan fitnah, itu satu kesalahan dalam peraturan am perkhidmatan awam dan juga perundangan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia," kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Tindakan tatatertib haruslah diambil ke atas sesiapa pun yang menyebarkan fitnah dan maklumat yang palsu. Tidak bermaksud kepada kakitangan awam yang tak sokong parti tertentu.
"Nak sokong mana itu adalah pendirian masing-masing."
Dalam perkembangan berlainan, pelaksanaan had usia 30 tahun dalam Dasar Belia Negara mungkin akan ditangguhkan memandangkan tiada pemimpin pelapis untuk ambil alih kepimpinan terutamanya di peringkat persatuan belia daerah.
"Kita memang cadang nak turunkan ke umur 30 tahun ikut amalan antarabangsa, tetapi hujah menyediakan pemimpin pelapis perlu diambil kira agar dapat dilaksanakan sebaik mungkin."
#Akta Komunikasi dan Multimedia #Dasar Belia Negara #fitnah #Khairy Jamaluddin Abu Bakar #maklumat #Pemuda Parti Peribumi Bersatu Malaysia #Pemuda UMNO Perlis #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
;