Syed Saddiq cedera terlanggar dahan pokok tumbang ketika sertai Ironman Malaysia

Bernama
Oktober 12, 2024 21:59 MYT
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengalami kecederaan selepas basikal ditunggangnya dipercayai terlanggar dahan pokok tumbang semasa menyertai Kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi yang sedang berlangsung hari ini. - BERNAMA
LANGKAWI: Ahli Parlimen Muar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengalami kecederaan selepas basikal ditunggangnya dipercayai terlanggar dahan pokok tumbang semasa menyertai Kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi yang sedang berlangsung hari ini.
Dipercayai kejadian berlaku semasa Syed Saddiq sedang melakukan disiplin berbasikal ketika hujan.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan setakat ini Syed Saddiq sedang berkayuh ke 'titik semak' akhir untuk acara seterusnya iaitu larian.
Pada Khamis lepas, Syed Saddiq berkata kepada Bernama, ini adalah penyertaan sulungnya dalam Ironman Malaysia dan berazam untuk melakukan catatan masa yang baik untuk dirinya.
Dalam kejohanan ini, beliau perlu menghabiskan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan larian 42.2km.
Difahamkan Syed Saddiq bakal tiba di garisan penamat pada 8.51 malam nanti selepas menghabiskan disiplin larian.
-- BERNAMA
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman #cedera #terlanggar dahan pokok tumbang #Ironman Malaysia
;