Syed Saddiq anggap Pas hipokrit kerana benarkan Bon Odori di Kelantan

Firdaus Azil
Jun 11, 2022 17:02 MYT
Presiden Muda itu berkata, sikap Kerajaan Pas di Kelantan yang membenar penganjuran festival tersebut di negeri itu, sebagai hipokrit. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini turut mempersoalkan pendirian sebenar Pas berhubung penganjuran festival Bon Odori di Kelantan pada 2018 dan 2019.
Dalam ciapan terbaharu di Twitternya, Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata, sikap Kerajaan Pas di Kelantan yang membenar penganjuran festival tersebut di negeri itu, sebagai hipokrit.
Tegasnya lagi, tindakan Pas yang membantah penganjuran Bon Odori, dilihat mampu mengeruhkan hubungan yang terjalin selama ini dengan Jepun.

Malaysia negara berbilang bangsa & agama. Unity in diversity. Kekuatan kita bersama. Saya nak tanya, 1) Kenapa bila Kerajaan PAS Kelantan anjurkan okay pula? Hypocrites (2018/2019) 2) Kenapa nak keruhkan hubungan dengan Jepun? Theyve invested more than RM80billion in https://t.co/gFkevmHQaw pic.twitter.com/hi4DWFiP7h

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 11, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Awal hari ini Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Ahmad Hairy Yunus bertegas agar Kerajaan Selangor perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang membenarkan pekerja mereka terlibat dalam festival tersebut.
BACA: Sultan Selangor titah menteri hadir Festival Bon Odori, fahami beza agama, budaya
BACA: Umat Islam dinasihat tidak sertai Festival Bon Odori
Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mendapati Festival Bon Odori terdapat unsur-unsur keagamaan, dan menasihati umat Islam agar tidak terlibat.
Pandangan tersebut, bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini bahawa Baginda tidak mahu festival tersebut dipolitikkan pihak tertentu, dan tidak mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, menggunakan Jakim untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat.
Pada Isnin, Idris dilaporkan telah menasihat umat Islam untuk tidak menyertai Festival Bon Odori di Stadium Shah Alam, kerana dikhuatiri program seperti itu dapat menjejaskan akidah dan keimanan.
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman #PAS #Bon Odori #Kerajaan Kelantan
;