Syarikat telekomunikasi sokong Insentif Pascabayar Rahmah untuk pengamal media

Bernama
September 7, 2023 07:00 MYT
Syarikat telekomunikasi terbabit akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan bagi menyokong ketersambungan dan keperluan digital rakyat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile, U Mobile dan YES menzahirkan sokongan mereka terhadap Insentif Pascabayar Rahmah untuk Pengamal Media sempena sambutan Hari Malaysia.
Pengendali telekomunikasi terbabit dalam kenyataan bersama semalam memaklumkan, insentif itu selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI selain menunjukkan sokongan kepada pengamal media Malaysia.
"Insentif ini, dalam bentuk rebat sekali beri selama sebulan bagi September, akan disediakan kepada lebih 10,000 pengamal media yang memegang Kad Perakuan Media yang aktif daripada Jabatan Penerangan Malaysia," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa syarikat telekomunikasi terbabit akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan bagi menyokong ketersambungan dan keperluan digital rakyat.
-- BERNAMA
#rebat #pengamal media #insentif pascabayar RAHMAH #syarikat telekomunikasi
;