Selain mendirikan struktur khemah perniagaan tanpa kebenaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sebuah syarikat tekstil terkenal di Seksyen 7 di sini turut mempunyai kompaun tertunggak sebanyak RM700,000.
Ketua Bahagian Korporat Dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata kompaun kerana menaikkan papan iklan tanpa permit itu adalah jumlah yang terkumpul sejak 2017.
"Sejak 2017 sehingga kini, sebanyak 1,103 kompaun dikeluarkan MBSA terhadap syarikat ini kerana menaikkan papan iklan tanpa kebenaran dan ia langsung tidak pernah dibayar," katanya kepada pemberita selepas melawat kerja-kerja meroboh struktur khemah perniagaan itu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) pada Khamis.
Mengulas tindakan MBSA merobohkan struktur khemah perniagaan milik syarikat tekstil itu dalam satu operasi pada Rabu, Shahrin berkata ia dilakukan selepas empat notis amaran kesalahan yang dikeluarkan sejak 2015 tidak diendahkan.
Beliau berkata MBSA mengeluarkan satu lagi notis pada 2 Mac lepas mengikut Seksyen 70(1) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) sebagai pemakluman bahawa struktur khemah perniagaan itu dibina tanpa kelulusan PBT terbabit sebelum notis supaya ia dirobohkan dikeluarkan mengikut Seksyen 72(1) akta sama.
"Oleh kerana syarikat tekstil itu gagal merobohkan sendiri struktur khemah berkenaan seperti yang diarahkan, MBSA pada 5 Mac lepas mengeluarkan notis supaya mereka mengosongkan khemah dalam tempoh 30 hari bagi kerja-kerja meroboh oleh MBSA yang sepatutnya dijalankan pada 5 April tetapi ditangguhkan sehingga semalam.
"Semalam, operasi merobohkan satu daripada tiga struktur khemah telah dijalankan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Polis Diraja Malaysia.
"Hari ini (Khamis), MBSA merobohkan sebuah lagi khemah dan memberikan tempoh sehingga tengah hari esok untuk syarikat ini merobohkan satu lagi struktur khemah berkenaan," katanya.
Justeru itu, kata Shahrin, MBSA menasihatkan pemilik premis perniagaan supaya sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan PBT selain tidak membina sebarang struktur tanpa kebenaran atau bakal berdepan tindakan tegas.
- BERNAMA
Bernama
Thu May 14 2020
![Syarikat tekstil terkenal diri khemah tanpa kebenaran, miliki kompaun tertunggak RM700,000 Syarikat tekstil terkenal diri khemah tanpa kebenaran, miliki kompaun tertunggak RM700,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61589448494_Syarikattekstilter.jpg)
MBSA menasihatkan pemilik premis perniagaan supaya sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan PBT selain tidak membina sebarang struktur tanpa kebenaran. - Bernama
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Selepas pawagam, kini sarkas pula dipersembahkan secara pandu masuk Selepas pawagam, kini sarkas pula dipersembahkan secara pandu masuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71595207945_circusbrazil.jpg)
Selepas pawagam, kini sarkas pula dipersembahkan secara pandu masuk
Pengunjung yang hadir amat berpuas hati dengan persembahan dan garis panduan yang ditetapkan pihak sarkas.
![Akibat berang, khemah JPJ dibuang ke longkang Akibat berang, khemah JPJ dibuang ke longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/61375105555_295x200.jpg)
Akibat berang, khemah JPJ dibuang ke longkang
Ia dipercayai angkara pihak tidak bertanggungjawab yang tidak berpuas hati dengan operasi JPJ terhadap van daripada Thailand.