Syarat kemasukan ke asrama penuh, MRSM perlu diubah - Exco Perak

Bernama
November 17, 2016 07:36 MYT
Langkah itu perlu diambil susulan pelaksanaan format baharu peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menyebabkan pencapaian keputusan UPSR tahun ini kurang memberangsangkan. - Gambar fail
Syarat kemasukan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu diubah, kata Pengerusi Jawatankuasa Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.
Beliau berkata langkah itu perlu diambil susulan pelaksanaan format baharu peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menyebabkan pencapaian keputusan UPSR tahun ini kurang memberangsangkan.
"Bilangan pelajar (dapat keputusan) cemerlang agak rendah... kita perlu adil kerana ini merupakan ujian pertama menggunakan format baharu ini," katanya pada sidang media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini, pada Khamis.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri Datuk Rozi Puteh Ismail berkata hanya seramai 363 daripada 34,713 calon UPSR 2016 di negeri ini memperoleh keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil. -- Bernama
#Asrama Penuh #Dr Muhammad Amin Zakaria #MRSM #Ujian Pencapaian Sekolah Rendah #UPSR
;