#SyahKakiLima: Langkah Daniel mencari erti kasih sayang
Astro Awani
Jun 10, 2017 23:54 MYT
Jun 10, 2017 23:54 MYT
EPISOD Syah Kaki Lima sempena Ramadan ini membawakan kisah Daniel, 12, yang zahirnya nampak seperti kanak-kanak biasa yang bakal menjengah usia remaja. Namun di sebaliknya, menyimpan cerita duka tentang pencarian kedua-dua ibu bapanya.
Daniel ditinggalkan ibu ayahnya sejak kecil dan sejak itu hanya menumpang kasih bersama nenek dan keluarga angkatnya.
Pengacara program, Syah Hairizal Kamalul Arifin, mengikuti langkah Daniel dalam perjalanan hariannya sambil mendengar keluh kesah dan harapan insan yang dahagakan erti kasih sayang ini.