Syabas nafi dakwaan gangguan bekalan air di Lembah Klang

Astro Awani
Mac 2, 2016 15:57 MYT
Syabas dalam satu kenyataan pada Rabu menafikan dakwaan tersebut dan menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan maklumat palsu yang disebarkan.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyangkal maklumat yang tersebar kononnya akan berlaku catuan bekalan air peringkat kedua di sekitar Lembah Klang.
Maklumat palsu itu sebelum ini dikatakan disebarkan individu tidak bertanggungjawab melalui aplikasi WhatsApp.
Syabas dalam satu kenyataan pada Rabu menafikan dakwaan tersebut dan menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan maklumat palsu yang disebarkan.
Maklumat palsu berkenaan juga dipercayai merujuk kepada pelan catuan bekalan air pada tahun 2014.
Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari www.syabas.com.my atau menggunakan aplikasi telefon pintar MySyabas.
#catuan air #Lembah Klang #mySyabas #SYABAS #WhatsApp
;