Syabas laksana operasi terhadap bil tertunggak

Bernama
Disember 30, 2013 18:41 MYT
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sedang melaksanakan operasi terhadap bil tertunggak di tujuh wilayah termasuk di ibu negara.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred berkata kawasan lain ialah Gombak, Klang/Shah Alam, Sepang, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
"Tindakan akan dikenakan kepada para pengguna yang gagal menjelaskan bil air tertunggak.
"Sekiranya tindakan telah diambil, pengguna akan dikenakan caj pemotongan RM25 dan caj penyambungan semula RM25," katanya dalam kenyataan Isnin.
Sehubungan itu beliau meminta pengguna yang bilnya tertunggak membuat pembayaran secepat mungkin bagi mengelak dikenakan tindakan berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.
#bil air tertunggak #pemotongan bekalan air #SYABAS
;