Syabas gerakkan semua sumber tangani masalah gangguan air Lembah Klang

Astro Awani
September 1, 2013 09:50 MYT
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah menggerakkan semua sumber yang ada bagi membantu pengguna menangani gangguan bekalan air setelah empat loji rawatan air ditutup selepas Sungai Selangor dicemari tumpahan diesel.
Antaranya bantuan air akan digerakkan ke tujuh daerah yang terjejas sekitar Lembah Kelang.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata pihaknya masih memantau bagi menentukan bila keadaan akan pulih sepenuhnya.
Berikutan gangguan tersebut melibatkan kawasan besar, Syabas mengaktifkan pelan tindakan kecemasan (ERP) kod merah untuk kesemua kawasan yang terjejas.
Tambahnya dengan rizab kapasiti yang kecil dan kadar permintaan tinggi, henti tugas kali ini akan mengambil masa pemulihan yang lebih panjang walaupun kerja-kerja pembersihan sedang dilaksanakan.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.
#air #gangguan #Sungai Selangor #SYABAS
;