Syabas aktifkan 11 pili awam untuk kemudahan pengguna
Astro Awani
Mac 8, 2018 12:55 MYT
Mac 8, 2018 12:55 MYT
Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. kini mengaktifkan pili awam dibeberapa lokasi terpilih bagi memudahkan pengguna di kawasan terjejas terus mendapatkan bekalan air sepanjang tempoh gangguan.
Ketua Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Abdul Raof Ahmad berkata, pili awam berkenaan beroperasi 24 jam sebagai tambahan kepada khidmat penghantaran air menggunakan lori tangki.
''Secara keseluruhan 11 pili awam diaktifkan melibatkan kawasan Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan Gombak.
''Selain itu sembilan Pusat Khidmat Setempat turut beroperasi 24 jam hingga bekalan pulih sepenuhnya,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Bagi mengelakkan kesesakan talian pusat panggilan dan waktu menunggu yang lama pelanggan yang ingin mendapatkan info dan status terkini dinasihatkan melayari laman sesawang www.syabas.com.my atau melalui aplikasi telefon bimbit mySyabas.