Swasta perlu fikir kebajikan sosial pekerja berpendapatan rendah - SPNB
Astro Awani
Disember 25, 2013 08:18 MYT
Disember 25, 2013 08:18 MYT
Pemaju perumahan swasta perlu memikirkan mengenai kebajikan sosial pekerja di sekitar Kuala Lumpur.
Presiden Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNB) Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata, kebajikan pekerja golongan berpendapatan rendah dan sederhana perlu dibantu terutama sekali golongan ini merupakan golongan terbesar yang menetap di Kuala Lumpur.
"Dalam konteks ini pemaju swasta boleh membantu. Perlu ada lebih banyak inisiatif sebagai contoh kaedah sewa beli. Kena ada penyelesaian secara inovatif terhadap isu perumahan.
"Jika tidak lama-kelamaan mereka akan berhijrah ke tempat yang menawarkan kos kehidupan yang jauh lebih baik berbanding kehidupan di Kuala Lumpur," kata Dr Kamarul sewaktu menjadi tetamu dalam AWANI745 pada Selasa.
Klik video untuk mengikuti temubual bersama Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh.