Susulan peristiwa pencerobohan di Sabah 9 Mac

Astro Awani
Mac 9, 2013 14:59 MYT
Krisis pencerobohan di Pantai Timur Sabah mula menjadi tumpuan apabila dua orang anggota keselamatan negara ditembak mati pada 1 Mac , kira-kira sepuluh hari lalu.
Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang anda perlu memberi perhatian mengenai pelancaran serangan di Lahad Datu.
• Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon mengadakan pertemuan dengan Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Hussein Haniff bagi membincangkan perkembangan terkini di Sabah, pada Jumaat.
Ops Daulat masuk hari ke-5. Keadaan di Felda Sahabat terkawal walaupun kedengaran beberapa bunyi siri letupan dilepaskan di 'ground zero' selepas 24 jam tiada pertempuran dilaporkan.
• Ops Daulat sudah bertukar daripada ‘mopping’ kepada ‘flushing’. Dua kawasan yang dimaksudkan adalah Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo.
• Sejak sekian lama, etnik Suluk yang berasal dari Selatan Filipina melintasi Laut Sulu untuk berhijrah ke Sabah bagi mencari kehidupan yang lebih.
• Petugas media yang membuat liputan sepanjang insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, akan dipertimbangkan untuk diberi sijil penghargaan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
• Selepas meminta supaya diadakan gencatan senjata, kini Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mahu adakan ‘perbincangan’ pula dengan Malaysia untuk menyelesaikan krisis di timur Sabah.
• Pasukan keselamatan negara telah berjaya menahan seramai 27 suspek berhampiran kawasan pantai Kampung Tanjung Batu dalam operasi hari ini.
• Pasukan forensik yang berpangkalan di timur Sabah akan melakukan bedah siasat mayat-mayat di kawasan tersebut hanya selepas proses pembersihan selesai.
• Malaysia menolak ‘tawaran’ oleh Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu untuk berunding dengan Malaysia bagi menyelesaikan krisis di timur Sabah.
• Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan itu.
#Lahad Datu #Ops Daulat #ops sulu