Susu tiruan atau tercemar? KPDNKK, KKM mesyuarat petang ini

Harits Asyraf Hasnan
Disember 12, 2017 13:28 MYT
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dijadual pukul 3 petang ini. - Foto Fail
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dijadual pukul 3 petang ini.
Menurut sumber, mesyuarat itu akan membincangkan isu susu yang dipercayai menjadi punca bayi yang mengambilnya mengalami kulit melepuh, muntah berterusan dan dehidrasi.
BACA: Mead Johnson keluarkan cara kenal pasti susu formula palsu
"KPDNKK akan mengadakan perbincangan dengan KKM pada petang ini sekitar jam 3 petang untuk membincangkan sama ada isu yang dialami bayi itu disebabkan susu tiruan ataupun tercemar.
"Buat masa ini, kita akan tunggu laporan daripada Jabatan Kimia," kata sumber kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Awas! Jangan terpedaya susu bayi murah
Jelasnya, pihak KPDNKK juga telah menghantar sampel yang dirampas di Johor tempoh hari ke Jabatan Kimia untuk ujian lanjut.
Justeru, mesyuarat petang ini dilihat akan merumuskan sama ada kes yang berlaku di Johor serta beberapa aduan ibu bapa di sekitar Lembah Kelang dan di media sosial kes terpencil atau tindakan agresif akan diambil.
BACA: Susu tiruan: Rasa susu anak anda, jangan selalu tukar - Pakar
#bayi dehidrasi #bayi muntah #Jabatan Kimia #Johor Bahru #KKM #KPDNKK #kulit melepuh #Lembah Kelang #rampasan susu #susu bayi #susu tercemar #susu tiruan
;