Suspek ugut gegar KL dan letupkan kediaman PM direman
Astro Awani
Februari 13, 2016 14:41 MYT
Februari 13, 2016 14:41 MYT
Suspek yang ditahan pada Sabtu kerana memuat naik status ancaman pada 4 Februari lalu melalui akaun Facebook miliknya kini direman selama lima hari.
Polis dalam satu kenyataan berkata, permohonan reman tersebut diluluskan Majistret pagi Sabtu dan suspek yang berasal dari Parit Buntar itu akan direman sehingga 17 Februari.
Kes disiasat di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan.
Pada 4 Februari lalu, suspek memuat naik status menggugut untuk menggegarkan Kuala Lumpur serta ingin meletupkan kediaman Perdana Menteri Malaysia di Facebook.