Suspek siar maklumat palsu di Facebook ditahan

Bernama
November 7, 2015 05:10 MYT
Suspek yang menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian bunuh dan culik tiga kanak-kanak warga Filipina berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu ditahan kira-kira pukul 8.45 malam. - Foto fail
Polis menahan seorang lelaki disyaki pemilik akaun Facebook Radzlan Razz yang dipercayai menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian bunuh dan culik tiga kanak-kanak warga Filipina, di restoran Kuta Bistro Waterfront, malam tadi.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra dalam kenyataan hari ini berkata suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu ditahan kira-kira pukul 8.45 malam.
Beliau berkata pihaknya turut membuat pemeriksaan di bilik sewa suspek di bangunan LCP Trading, Sedco Light Industrial Jalan Tuaran Inanam dan merampas beberapa barang yang berkaitan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Semalam, polis menafikan ada kejadian bunuh dan culik tiga orang kanak-kanak warga Filipina dari Sepanggar seperti yang disiarkan dalam Facebook suspek Selasa lepas.
Pemilik laman sosial itu mendakwa terdapat dua mayat ditemukan di Kampung Delima dan satu mayat di Sembulan.
#Akta Komunikasi dan Multimedia #bunuh #culik #M Chandra #palsu #polis #radzlan razz