Seorang lelaki disyaki penyeludup senjata api dan dadah ditembak mati polis dalam kejadian berbalas tembakan di persimpangan jalan Kampung Weng Dalam menghala Kampung Ulu Lenggong, Baling awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira pukul 4.25 pagi itu berlaku ketika sepasukan polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu terserempak dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios dalam keadaan mencurigakan.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, polis kemudian menghampiri kereta yang diletakkan di tepi jalan itu dan mengarahkan seorang lelaki supaya keluar untuk tujuan pemeriksaan.
"Lelaki tersebut telah melepaskan beberapa das tembakan dari dalam dan lelaki itu telah meluru keluar dari pintu hadapan penumpang dan terus melepaskan beberapa lagi das tembakan ke arah pasukan polis," katanya sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) hari ini.
Polis kemudiannya bertindak membalas tembakan mengakibatkan suspek rebah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Suspek mati akibat kecederaan pada kepala dan dada.
Hasil siasatan polis percaya suspek berkemungkinan sedang menunggu pelanggannya untuk mengedar dadah.
Hasil pemeriksaan lanjut polis menemui sepucuk pistol semi auto jenis Norinco bersama kelopak, lapan peket plastik lutsinar disyaki heroin seberat 40 gram bernilai RM1,000 dan dua pasang nombor pendaftaran kenderaan masing-masing bernombor WNS 5168 dan BNW 217.
Semakan nombor pendaftaran kereta yang digunakan suspek mendapati ia palsu yang mana nombor itu didaftarkan ke atas sebuah motosikal jenis SYM.
Asri berkata, pihaknya kemudian membuat pemeriksaan ke atas rumah suspek di Kampung Selarong di Pengkalan Hulu, Perak dan menemui sebatang bom buatan sendiri jenis batang paip, pelbagai jenis peluru hidup dan syabu seberat 250 gram dianggarkan bernilai RM17,500.
Susulan itu polis bertindak menahan isteri suspek yang juga seorang warga Thailand berusia lingkungan 30-an untuk membantu siasatan.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jun 18 2017
![Suspek seludup senjata api dan dadah ditembak mati di Baling Suspek seludup senjata api dan dadah ditembak mati di Baling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41497777288_TembakAlorSetar.jpg)
Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff (dua, kanan) menunjukkan senjata api yang digunakan penjenayah ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) hari ini. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![SpeedFest 2024 dijangka cipta rekod perhimpunan kereta terbesar di Malaysia SpeedFest 2024 dijangka cipta rekod perhimpunan kereta terbesar di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720836204_kereta.jpg)
SpeedFest 2024 dijangka cipta rekod perhimpunan kereta terbesar di Malaysia
Acara yang sedang berlangsung di di KL Base, Sungai Besi tampilkan legenda automotif Shoji Inoue, Jin Horino dan Daijiro Inada dari Jepun.
![Enam cedera, 3 parah nahas lori dengan kereta Enam cedera, 3 parah nahas lori dengan kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718155110_PLUS.jpg)
Enam cedera, 3 parah nahas lori dengan kereta
Mangsa dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
![Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718153723_mautparahlorib.jpg)
Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori
Mereka diserahkan kepada polis bagi tindakan susulan manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita yang cedera dibawa ke hospital berhampiran
![Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716397264_TBLORIKONTENA.jpg)
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
![Pelajar 14 tahun maut nahas dua kenderaan Pelajar 14 tahun maut nahas dua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715300258_pelajar.jpg)
Pelajar 14 tahun maut nahas dua kenderaan
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
![3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput 3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707949168_Kebakaran.jpg)
3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput
Kebakaran itu turut membabitkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus.
![Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704341554_TBPeroduaBezza.jpg)
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Perodua juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
![Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701645205_kebakaran.jpg)
Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api
Pihak JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran di Kampung Selat Pulau itu pada jam 1.57 pagi.
![Dua maut termasuk kanak-kanak, 11 cedera, nahas dua kenderaan Dua maut termasuk kanak-kanak, 11 cedera, nahas dua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696205860_TBeksiden.jpg)
Dua maut termasuk kanak-kanak, 11 cedera, nahas dua kenderaan
Mangsa yang maut merupakan seorang lelaki yang memandu kereta dan seorang kanak-kanak lelaki.
![Bomba selamatkan kanak-kanak empat tahun terperangkap dalam kereta Bomba selamatkan kanak-kanak empat tahun terperangkap dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680576539_KanakKanakTerperan.jpg)
Bomba selamatkan kanak-kanak empat tahun terperangkap dalam kereta
Anggota bertindak membuka kereta tersebut menggunakan peralatan khas sehingga berjaya.