Suspek langgar Syed Muhammad Danial dituduh esok

Fareez Azman
Ogos 21, 2019 12:07 MYT
Allahyarham Syed Muhammad Danial Syed Syakir meninggal dunia dalam insiden pergelutan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bangi 10 Ogos lalu.
Lelaki yang melanggar Allahyarham Syed Muhammad Danial Syed Syakir dalam insiden pergelutan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bangi 10 Ogos lalu akan dituduh di Mahkamah Kajang esok.
Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Suspek sebelum ini direman selama 12 hari yang berakhir pada 17 Ogos lalu.
Dalam kejadian 10 Ogos lalu, Syed Muhammad Danial meninggal dunia ketika menerima rawatan di Nilai Medical Centre akibat dilanggar suspek dalam satu insiden pergelutan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bangi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kejadian berpunca daripada kemalangan kecil antara suspek dan mangsa selepas Plaza Tol Sungai Besi.
#Kajang #kemalangan #langgar #lebuhraya #mahkamah #maut #nilai #PDRM #pergelutan #suspek #Syed Danial #tuduh
;