Suspek kes video viral 'kenduri kepala kambing' direman empat hari
Mac 21, 2020 14:30 MYT
Seorang lelaki dipercayai suspek kes video viral 'kenduri kepala kambing' direman empat hari.
Semalam polis menahan dua lelaki berusia 45 dan 60 tahun untuk membantu siasatan kes video tular membabitkan individu yang mempertikaikan Perintah Kawalan Pergerakan dengan menikmati kenduri termasuk makan kepala kambing di sebuah kampung di Langgar, Kedah.
Suspek utama dipercayai merakam video berkenaan manakala seorang lagi dipercayai penganjur majlis kenduri itu.
Polis turut merampas sebuah telefon bimbit untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (2) (Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(PPPB) 2020, Seksyen 7(1) PPPB 2020, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.