Suspek kes pembunuhan Nur Aisyah direman 7 hari
Salim Aziz
Mac 7, 2019 11:09 MYT
Mac 7, 2019 11:09 MYT
Sepasang suami isteri yang juga suspek utama kes pembunuhan Nur Aisyah Aleya Abdullah ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Ia bagi membantu siasatan pihak polis dalam kes pembunuhan kejam terhadap kanak-kanak berusia tiga tahun tersebut.
Suspek wanita berusia 40 tahun yang juga seorang jururawat tiba di mahkamah pada jam 9 pagi, diikuti suaminya, berusia 37 tahun, yang berpakaian lokap warna jingga.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Ridzwan Salleh ke atas kedua dua suspek bermula hari ini hingga 14 Mac.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas dakwaan membunuh.
Pada Rabu, tengkorak kepala milik Nur Aisyah ditemui bersama helaian rambut yang didakwa milik kanak kanak tersebut di kawasan gaung berdekatan hutan Gunung Raya.
Ia susulan penahanan kedua-dua suspek di sebuah inap desa di Ampang, Selangor, selepas didakwa melarikan diri susulan laporan polis dibuat ibu kanak kanak terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.
#Ampang
#Gunung Raya
#Langkawi
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#Nur Aisyah
#Nur Aisyah Aleya Abdullah
#polis
#reman
#siasatan
#suami isteri
#suspek