Suspek kes cabul kanak-kanak di Sungai Petani dibawa ke mahkamah dengan kepala berjahit

Astro Awani
Januari 23, 2018 21:18 MYT
Suspek berbaju kuning di reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun
Suspek kes cabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di tapak pesta Taman Ria di sini Sabtu lalu dibawa ke mahkamah dalam keadaan muka lebam dan kepalanya berjahit.
Suspek berusia 40-an tersebut ditahan sepasukan anggota polis ketika dia sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HASH) kira-kira 3.10 petang semalam.
Seorang anggota polis yang enggan dinamakan berkata suspek dipercayai dipukul orang awam yang menahannya sebelum dia mendapatkan rawatan di hospital.
Lelaki berkenaan direman tujuh hari sehingga 29 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Suspek sebelum ini diburu polis selepas klip video yang tersebar di media sosial memaparkan mangsa memasukkan tangannya ke dalam baju kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu ketika berada di tapak pesta.
#cabul #Hospital #Kanak-kanak #mangsa #perempuan #Sungai Petani #suspek
;