Suspek kelar dua beradik di Yan direman
Adie Sufian Zulkefli
Januari 9, 2019 17:30 MYT
Januari 9, 2019 17:30 MYT
Suspek kes tetak dua beradik masing-masing berusia lima dan setahun di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan, direman tujuh hari bermula hari ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Faridalathrash Wahid, ia bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian 11.45 malam Selasa, suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dipercayai mengamuk dan menyerang bapa saudara mangsa terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah mangsa.
Suspek yang berusia 49 tahun itu kemudian menetak dan mengelar Nurul Hanim Idris, 5 tahun, dan adiknya Mohammad Hafiz Idris, satu tahun, ketika mereka sedang tidur.