Suspek kedua kes tembak dipercayai masih di Malaysia
Astro Awani
November 15, 2013 20:52 MYT
November 15, 2013 20:52 MYT
Pihak olis percaya mereka mempunyai petunjuk baru bagi mengesan suspek kedua kes rompakan dan pembunuhan pegawai bank, yang dikenali sebagai Joemar yang dipercayai masih berada di Malaysia.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek berkenaan yang dipercayai menyimpan sebahagian besar hasil rompakan.
Jelasnya lagi, kertas siasatan suspek utama hampir selesai dan dijangka akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada minggu hadapan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontingen IPK Selangor pada Jumaat.
Dalam kejadian itu, Norazita Abu Talib, 37 maut di tembak suspek utama ketika mangsa membuka peti besi di dalam bilik kebal bank tersebut.
19 hari kemudian, suspek yang berusia 35 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Bukit Tinggi Johor.
Esoknya pula polis menemui semula senjata jenis pump gun yang digunakan suspek semasa pembunuhan dan rompakan tersebut.
Suspek utama ditahan reman sehingga Ahad ini.