Suspek dera amah tiba di mahkamah
Dewi Nur Harasha Alias
Februari 21, 2018 15:07 MYT
Februari 21, 2018 15:07 MYT
Majikan wanita warga emas dan anak perempuannya yang disyaki mendera pembantu rumahnya hingga mati tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kira-kira jam 1.45 petang.
Keduanya-duanya tiba dengan tangan bergari dan diiringi polis ke kamar mahkamah bagi proses pertuduhan kes.
Suspek wanita berusia 60 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala anak perempuannya yang berusia 36 tahun pula akan didakwa mengikut Akta Imigresen kerana melindungi warga asing.
#amah
#dera amah
#Kanun Keseksaan
#Mahkamah Majistret
#pembantu rumah
#Seksyen 302
#tuduhan bunuh
#warga asing
#warga emas